|

--ADAB MAKAN
RASULLALAH---
Setiap hari kita akan
makan serta minum. Purata kita makan 4 kali sehari. Jika setiap kali
kita makan kita cuba ikuti cara atau adab Rasulullah alangkah baiknya.
Melalui buku Syamail Muhammad SAW oleh Imam al Tirmizi ada di ceritakan
tentang cara pemakan Baginda.
Jilat tiga jari
Ka'ab bin Malik
meriyawatkan: Maksudnya " Rasulullah SAW makan dengan menggunakan
ketiga jari beliau, Selesai makan, beliau menjilati ketiganya"
Dari Tirmizi, Muslim,Abu Dawud dan Ahmad)
Hadis ini menjelaskan
bahawa Baginda menjilat tiga jarinya pabila selesai makan. Janganlah
kita memandang jijik mereka yang menjilat jari selepas makan, itu
adalah sunnah Rasulullah.
Minyak Zaitun
Rasulullah bersabda, "Makanlah
minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak. Sungguh, minyak zaitun
berasal dari tumbuhan yang diberkahi" Riyawat Tirmizi,Ibnu Majah
dan Hakim)
Buah Labu
Jabir R.A meriwayatkan,
maksudnya:"Suatu hari saya menemui Rasulullah SAW dan melihat buah labu
dipotong potong. Saya bertanya,"Mengapa buah ini di potong-potong?"
Beliau menjawap, "Untuk memperbanyak makanan kita" Riwayat
Ibnu Majah dan Nasa'i
Anas bin Malik R.A. juga
meriwayatkan, maksudnya: "Rasulullah SAW adalah seorang yang menyukai
buah labu. Maka setiap kali dihidangkan makanan atau diundang dalam
jamuan makan, saya selalu mengikut dan menghidangkan buah labu di
hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa beliau menyukainya" Riwayat
Ahmad, Darimi, Nasa'i dan Abu Dawud)
Kambing
Ummu Salamah R.Aa
meriwayatkan maksudnya: " Ummu Salamah menghidangkan potongan daging
kambing panggang kepada Rasulullah SAW. Beliau memakannya lalu
melaksanakan solat tanpa berwuduk lagi" Riwayat Tirmidzi dan Nasa'i.
Wooow. Memang ramai
kekawan yang sukakan kambing. Sunnah Rasulullah SAW makan kambing ni.
Apa lagi. Jika ada kenduri kambing panggang, jemputlah saya.
Makan dengan tangan kanan serta
ambil yang di hadapan kita dahulu.
Umar bin Abi Salamah
meriwayatkan. Maksudnya:"Suatu hari, ia mendatangi Rasulullah SAW. Di
rumah beliau ada makanan. Rasulullah berkata,"Kemarilah. Sebut nama
Allah dan makanlah dengan tangan kanan apa yang ada di hadapanmu"
Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan lain lain)
Doa Selepas makan

Tetapi jarang kita ingat
untuk berdoa selepas makan. Yang selalu kita kata ..." Sedapnya ". Lupa
bahawa rezeki itu datang dari Allah. Saya juga selalu
mengingatkan putera puteriku untuk berdoa selepas makan.
Tidak Mencela Makanan
Dari Abu Hurairah RA
katanya: "Rasulullah SAW itu tidak pernah mencela makanan sama sekali
pada sesuatu makanan. Jikalau baginda SAW ingin pada makanan itu beliau
pun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan-
tanpa mengucapkan celaan padanya". (Muttafaq'alaih)
Sungguh indah peribadi
Rasulullah walaupun kepada makanan. Kita biasanya kan mencela masakan
itu jika masin, pedas ( saya memang tak tahan pedas) atau tak sedap.
Mulai sekarang saya ingin mengubah cara makan saya. Ke cara yang di
anjurkan oleh Baginda SAW.
Sekian dulu perkongsian
saya
|