KAUNTER

SELAMAT DATANG KE AL BARZAH ENTERPRISE

Assalmulaikum Warahmatullahiwabrakatuh.

Syukur Alhamdulilah dengan limpahan kurnianya, kita di izinkan untuk ber
temu dialam maya yang serba canggih ini….. yang tidak ada penghujungnya.

Didalam kesibukan harian dengan tugas-tugas yang tidak akan kehabisan, bahawa kita lupa akan tanggung jawab kita, kepada diri kita, keluarga kita dan saudara seagama kita………..

Atas kesedaran dan di iringi dengan kecangihan masa kini…. kita tak seharus nya lupa, dengan keadaan tradisi yang mungkin akan ditelan usia,,,, kalau jenarasi muda tidak mempelajari dari jenarasi lama, yang ia akan hilang di jurang usia yang tua……..

Sesunggugnya kematian pasti akan datang, tidak kira usia, bila dan ketika serta dimana kita berada… dia pasti menemui kita….. walhal siapa tahu pada ketika itu, tiada ada yang mampu menguruskan jenazah yang terbujur kaku…….

MAKA kami Al Barzah Enterprise, sudi mengawal selia dan membantu dalam hal-hal kematian, dengan cara mengurus dan memberi ilmu pengurusan jenazah, yang mesti di pelajari setidak-tidaknya seisi rumah mesti ada seorang yang tahu menguruskan jenazah……

Khidmat yang kami berikan bukanlah untuk mencari keuntungan semata-mata…. tetapi  bila kami fikirkan pada zaman yang serba canggih, ini, maka amalan tradisi sudah mula di pinggirkan….. sedangkan betapa besarnya tanggung jawab kita terhadap fardhu Kifayah………….

Menguruskan jenazah bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah…… ianya harus ada ilmu pengetahuan kepada kita yang masih hidup, untuk mereka yang akan menemui ajalnya…..

Bertuahlah anda yang melayari laman web ini, semuga dibukakan pintu hatinya, cinta akan ilmu kematian yang pasti datang……. Semuga kematian kita nanti dalam keadaan Iman dan Islam…..InsyAllah….Amin.
 

  Copyright © 2009 - 2010 Al Barzah Enterprise

Last update: Tuesday, August 11, 2009 09:37 PM