--Renungan---
Kita memang tahu,
sesunggungnya Abdullah bin Ubay bin Salul merupakan seorang munafiq.
Beliau bersolat di masjid Nabawi. Berimamkan Baginda sendiri. Namum
hakikatnya seorang munafiq. Di dalam surah Al Munaafiqun, Allah telah
menceritakan dengan panjang lebar mengenai golongan munafiq ini.
Pada awal surah
lagi Allah menyebut, mereka ini selalu memuliakan Islam bila berhadapan
dengan Rasulullah SAW. Padahal didalam hati mereka tidak demikian.
Mereka ini memang sangat bahaya bagi Islam. Jika pada zaman Baginda
sudah ada, maka pada zaman sekarang pasti lebih ramai.
Semasa membaca
tafsir Ibnu Katsir mengenai surah Al Munaafiqun, saya terjumpa satu
hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah. Bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Sesungguhnya orang-orang munafiq mempunyai beberapa
tanda yang dengannya mereka dapat dikenali; penghormatan mereka adalah
laknat, makanan mereka adalah hasil rampasan, ghanimah (harta rampasan
perang) mereka adalah kecurangan, mereka tidak mendekati masjid kecuali
kerana riya (tidak ikhlas), tidak mendatangi solat kecuali telah
selesai, sombong dan congkak, tidak mau bersahabat dan tidak mau di
ajak bersahabat, tidur lelap (tidak bangun untuk solat) pada malam hari
dan gaduh pada siang hari"
Sungguh takut
bila baca hadis ini. Terutamanya bila tahu antara ciri orang munafiq
itu ialah tidur lelap di malam hari hingga tidak bangun untuk solat
malam. MasyaAllah.
Wahai Allah yang
nyawaku berada digengamanMu, aku memohon kepadaMu di jauhkan dari sifat
munafiq ini. Dan berilah kekuatan kepadaku untuk bangun solat malam.
Amin...
Lagi hadis yang
menceritakan ciri-ciri puak munafiq.
Hadis Abdullah bin
Amru r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang
mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan
salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia
meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat
persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan
apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.
Hadis ini pula
menyebut ciri -ciri orang munafiq ada 4, iaitu:
1. bila bercakap
dia bohong
2. bila buat
persetujuan dia mengkhianati.
3. bila berjanji
dia menyalahi
4. berlaku
pertikaian dia melampaui batas
Ini juga selau terjadi kepada
masyarakat kita...termasuk saya sendiri. Terutama bila berjanji. Kerap
kali kita tidak dapat tunaikan. Sehingga ada ungkapan..."Biasalah, janji melayu". Cubalah kita berusaha untuk
berubah ke arah yang lebih baik. Ikuti lah cara hidup Islam sebenarnya.
Tepatilah janji, tetapilah waktu.
|