
-----TANDA-TANDA KIAMAT------
Semalam di Surau Al Madaniah, Utz Nasa'e
dari UM ada berkongsi sedikit ilmu berkaitan isu di atas. Beliau
merujuk kepada buku di atas.
Antara ceramah beliau yang sempat saya tulis dan menarik akan saya
paparkan di bawah...(lagi pun Tuan Malik suruh saya catit...jgn marah
Tuan)
1. Sebelum berlaku kiamat, Allah akan
tiupkan angin yang dingin yang apabila terkena orang beriman maka
mereka akan mati. Yang tinggal hanya orang kafir & munafiq. Mereka
yg hidup berkata, "tengoklah sekarang sapa yang benar, semua muslim dah
mati"
2. Tanda-tanda awal kiamat:
Munculnya pembohong besar serta Nabi-Nabi palsu yang jumlahnya
hampir 30 orang. Ini adalah hadis sahih. Dan nabi palsu ini mempunyai
pengikut yang ramai. Haji Kahar & Ayah Pin tak termasuk...sebab
pengikut tak ramai. Antara yg termasuk ialah:
Musailamah - nabi palsu pada zaman Rasullulah
Al Aswan Al ansi - nabi palsu pada zaman
Rasullulah dan dibunuh pada zaman itu.
B. Berlaku
zina yang bermaharajalela.
ada orang yang menghalalkan zina, cth anak
berzina di dalam rumah, ibubapa buat tak kisah saja. Nauzubillah.
Malah ada bapa yang Dayus, yang sanggup
biarkan anak-anak mereka terjebak dgn gejala ini. ada hadis yg
menyebut, Rasullulah tak mahu berjumpa dgn lelaki dayus ini di akhirat.
Jika Rasullulah tak mahu berjumpa, mcm mana
nak dapat syafaat baginda...jika tak dpt masuk syurga...maka tiada
tempat lain yg menunggu mereka ... melainkan neraka.
Moga Allah memberi kita kekuatan iman supaya
tidak tergolong dalam golongan lelaki dayus. Ameen.
C. Minuman keras (qamar) berluasa
yang diminum secara terbuka. Tak percaya
pergilah di Bangsar atau dikelab malam, ramai orang Islam yg meneguk
arak ini.
dan ada yang menghalalkan arak ini.
Contohnya ada beberapa individu koperat melayu yang menjadi Lembaga
Pengarah di syarikat arak.
di botolkan malah dilabelkan bukan sebagai
arak. Boleh lihat saja dimana mana termasuk di 7 Eleven.
Itu saja
yang saya mampu kongsikan, jika ada salah sila beri teguran di menu
pertanyaan...
|