
ummul
alquraan
Merujuk kepada tafsir Ibnu Katsir. Hadis
yang riwaytkan oleh An Nasa-i. Pada setiap kali al-fatihah dibaca
dalam solat, ternyata Allah membalas tiap bait bicara, sepertimana
dalam hadis qudsi, sabda Baginda Rasulullah S.A.W., Allah berfirman,
“Aku telah membahagikan solat
(al-fatihah) kepada dua bahagian, separuh untukKu dan separuh lagi
untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa saja yang dipohonkan kepadaKu.
Apabila
hambaKu berkata, Segala puji untuk Allah Tuhan Sekelian Alam.Allah
menjawab: HambaKu telah memujiKu.
Apabila
hambaKu berkata, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.Allah
menjawab: HambaKu telah memberi sanjungan kepadaKu.
Apabila
hambaKu berkata: Yang Menguasai hari pembalasan.Allah menjawab: HambaKu
telah mengagung-agungkanKu.
Apabila
hambaKu berkata, Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya Engkau tempat
aku memohon perlindungan. Allah menjawab: Ini di hambaKu dengan
Aku dan untuk hambaKu apa sahaja yang dipohonkan kepadaKu
Apabila hambaKu berkata, Tunjukkanlah kami
jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat
ke atas mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan
pula jalan orang-orang yang sesat.
Allah menjawab: Ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu
apa sahaja yang dipohonkan kepadaKu.”
Dulu saya selalu baca membaca Al Fatihah
dengan begitu cepat sekali. Dan pernah ketika itu seorang Ustaz
berpesan, " Cuba baca Al Fatihah dengan tertib dan berhenti ambil nafas
bagi setiap ayat semasa solat"...dalam hati berkata..."peh...macam ni
solat 2 rakaat pun lebih 5 minit" Alhamdulillah sekarang ini bila
mengetahui makin belajar, Allah telah beri saya kekuatan untuk membaca
dengan lebih tertib. Moga Allah terus beriku kekuatan untuk
melakukannya di setiap solat.
Hatiku selalu tersentuh bila membaca ayat
yang bermaksud "Yang menguasai hari pembalasan". Huraiannya
juga panjang. di dalam Ibnu Katsir pun dihuraikan lebih 2 muka surat
untuk ayat ini saja. Apa yang selalu saya ingat, bagaimanakah keadan
saya semasa hari akhirat nanti. Berhadapan dengan Raja segala Raja.
Seperti firman Allah dalam surah Ghafir(Al Mukmin), 40:16 yang
bermaksud "...Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?(Allah
menjawap sendiri) Dikuasai oleh Allah yang Maha Esa , lagi yang
Maha Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya".
|